​Visi dan Misi
VISI
Sebuah institusi yang berupaya memberikan sumbangan dan penghayatan nilai-nilai Islam di Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta demi mendapatkan keredhaan Allah sejajar dengan konsep Melayu Islam Beraja.
MISI
Meningkatkan tahap profesionalisma menerusi pendidikan dan perkhidmatan serta dakwah dan tarbiyah kepada seluruh warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berteraskan Al-Qur'an dan As-sunnah.
PERANAN
Menyampaikan dan menyelaras pengurusan keugamaan untuk pendekatan nilai-nilai Islam kepada warga ABDB dan Kementerian Pertahanan menerusi pendidikan dan perkhidmatan keagamaan untuk mewujudkan semangat / kekuatan tempur di samping berperanan dalam membentuk rumahtangga sejahtera dengan pengukuhan kesedaran beragama dan menjadikan surau sebagai pusat penyebaran dan mesra jemaah.